Monday, February 23, 2009

Cara - cara Menggunakan Oven

A)Posisi Oven (Oven Position)
Apabila kita membuka pintu oven, kita akan dapati terdapat 3 level untuk meletakkan tray. Berikut adalah kegunaan level - level tersebut :

1) Top Level (Level Atas) - untuk quick cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang tinggi.

2) Middle Level (Level Tengah) - untuk masakan yang memerlukan darjah kepanasan sederhana.

3) Bottom Level (Level Bawah ) - untuk slow cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang rendah.


B)Suhu Oven dan conversion dalam Fahrenheit

  • 160ºC = 325ºF
  • 180ºC = 350ºF
  • 190ºC = 375ºF
  • 200ºC = 400ºF

C) Temperature Range

  • Cool/slow - 110 - 140ºC | 225 - 275ºF | Gas 1/4 - 1
  • Moderately slow - 150 - 160ºC | 300 - 325ºF | Gas 2 - 3
  • Moderate/warm - 180 - 190ºC | 350 - 375ºF | Gas 4 - 5
  • Moderately hot - 190 - 220ºC | 375 - 425ºF | Gas 5 - 6
  • Hot - 220 - 230ºC | 425 - 450ºF | Gas 6 - 8
  • Very hot - 250 - 260ºC | 475 - 500ºF | Gas 9 - 10
D) Memasak Kek, Roti, Pai
  • Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu yang betul seperti di dalam resepi.
  • Gunakan setting api : Top and Bottom Heat
E) Toast (pizza, sandwich, roti bakar)
  • Gunakan setting api : Top Heat
  • Letakkan pizza di atas tray dan bakar di atas wire rack.
F) Grill (Memanggang seperti kebab)
  • Gunakan skewer (besi pencucuk makanan) dan basting tray
  • Gunakan api setting : Top Heat dan sentiasa pusingkan kebab.
G) Panduan Keselamatan Menggunakan Oven
  • Jangan panaskan air di dalam oven
  • Jangan cuba masak telur di dalam oven
  • Jangan gunakan oven untuk memanas ruang rumah atau dapur
  • Jangan biarkan oven tanpa jagaan terutama jika ada kanak - kanak.
  • Jangan gunakan oven untuk menyimpan barangan.
  • Sentiasa pastikan sekeliling oven bersih.
  • Jauhkan oven dari beg, tuala, peralatan dapur, langsir dan barang - barang mudah terbakar.
  • Sentiasa gunakan sarung tangan untuk mengeluarkan tray yang panas.

Sunday, February 22, 2009

Menghilangkan Cendawan Pada Baju

Cuba cara ini. Sediakan satu besen air. Campurkan air limau nipis dan sedikit garam. Rendamkan pakaian anda 1-2 jam. Cuci seperti biasa.

Wednesday, February 11, 2009

Tips : Menyimpan Beras

1) Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam beras untuk mengelakkan bubuk.
2) Sapukan minyak kelapa di sekeliling tempat menyimpan beras supaya tiada semut halus.
3) Tutup beras rapat.
4) Simpan beras di tempat yang kering dan seelok - eloknya jangan simpan beras terlalu lama.

Tips : Membersihkan Darah Pada Pakaian

CARA 1
1) Rendamkan pakaian ke dalam air suam yang dicampur dengan sedikit garam.
2) Biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci.

CARA 2
1) Sentalkan pakaian yang terkena darah dengan sabun mandi.

Mencuci Tapak Seterika

1) Taburkan sedikit garam halus di atas kertas tisu.
2) Gosokkan tisu tersebut pada tapak seterika.
3) Kotoran akan tanggal sedikit demi sedikit.

Tips : Menghilangkan Pijar Cili / Lada

Sapukan ubat gigi di tempat yang pijar. Rasa pijar akan berkurangan apabila ubat gigi sejuk.

Menghilangkan Sakit Kepala Atau Sakit Perut

1) Ambil beberapa ulas bawang merah, bawang putih dan halia.
2) Tumbuk satu persatu hingga hancur.
3) Apabila hancur, campurkan kesemuanya dan sapukan pada bahagian yang sakit.

Tips : Memulihkan Permaidani Tertindih

1) Letakkan ketulan ais di tempat yang telah ditindih perabot. Biarkan ais itu cair.
2) Berus bulu permaidani.

Tuesday, February 10, 2009

Panduan Asas Membersihkan Lantai Rumah

1) Pungut sampah besar seperti kertas, pembungkus makanan dan lain - lain.
2) Sapu habuk dan sampah - sampah kecil.
3) Titiskan pembersih dan lap / mop lantai.

Panduan Asas Membersihkan Baju

1) Asingkan baju berwarna dan putih.
2) Tanggalkan dahulu kotoran yang melekat pada baju.
3) Berus hanya pada bahagian leher, pangkal lengan dan bahagian yang kotor sahaja untuk mengelakkan baju mudah reput.
4) Bilas 2 kali atau lebih dengan air bersih supaya sisa cecair pencuci atau serbuk pencuci hilang.
5) Terus jemur baju yang telah dibasuh untuk mengelakkan bau hapak atau bintik - bintik hitam.

Tips : Menanggalkan Cat Pada Lantai

Cat yang terpercik di lantai sukar untuk ditanggalkan. Namun terdapat cara mudah menanggalkan cat tersebut. Caranya :

1) Ambil segenggam pasir, campurkan dengan sedikit air.
2) Gosokkan pada permukaan lantai yang terkena cat.
3) Hasilnya, cat akan mudah ditanggalkan.

Tips : Kerang Mudah Dikopek

Campurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan kerang semasa merebus. Kerang akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.

Tips : Mengetahui Kesegaran Kerang / Lala

Masukkan sebiji bawang merah semasa merebus kerang atau lala. Sekiranya bawang merah bertukar HITAM bermakna kerang atau lala mengandungi racun dan tidak patut dimakan.

Tips : Membersihkan Kerang

Anda inginkan kerang yang kelihatan bersih dan putih semasa direbus. Tidak perlu bersusah - payah memberusnya. Ada cara yang lebih mudah iaitu :

1) Ambil beberapa helai daun pucuk ubi dan ramaskan bersama kerang di dalam besen yang berisi air. Anda akan dapati kerang akan kelihatan bersih selepas itu.

Tips : Menghilangkan Bau Hapak

Buku - buku dan pakaian lama yang disimpan selalunya akan berbau hapak. Bagaimana untuk menghilangkannya ? Senang sahaja. Gunakan bedak powder (bedak halus). Caranya :

1) Taburkan buku atau pakaian lama dengan bedak powder.
2) Bungkus dengan plastik.
3) Selepas beberapa minggu bau hapak akan hilang kerana telah diserap oleh bedak tersebut.

Tips : Menghilangkan Kesan Hangus Pada Periuk

Kesan hangus / hangit pada periuk sukar untuk dihilangkan sekiranya digosok sahaja. Terdapat beberapa cara yang mudah dan tidak memenatkan iaitu :

CARA 1
1) Masukkan serbuk penaik dan sedikit air ke dalam periuk.
2) Biarkan beberapa jam dan cuci seperti biasa.

CARA 2
1) Rendam periuk dengan 3 camca besar cuka dan 1 cawan air.
2) Biarkan beberapa jam dan cuci seperti biasa.

CARA 3
1) Cuba didihkan dahulu periuk tersebut sebelum dicuci.

Tips : Menghilangkan Daki Pada Pakaian

Gunakan syampu untuk menghilangkan daki pada pakaian. Caranya :

1) Sapukan syampu pada leher baju atau pergelangan baju.
2) Biarkan seketika (sehinggan syampu meresap ke dalam benang).
3) Berus daki seperti biasa.

Anda akan dapati daki mudah ditanggalkan kerana telah dilarutkan oleh syampu.

Tips : Membersih Dan Mengharumkan Dapur

Anda tidak perlu membeli cecair pencuci dapur. Hanya gunakan perahan air limau kasturi. Kosnya pun amat murah. Caranya adalah :

1) Ambil 5 biji limau kasturi. Perahkan airnya ke dalam baldi berisi 3 liter air.
2) Lapkan lantai, dinding dan dapur anda.
3) Anda akan dapati kesan kotoran mudah ditanggalkan dan dapur anda berbau harum serta segar.

Tips : Mengelakkan Perkakasan Dapur Daripada Berkarat.

Perkakasan dapur terutama sudu, garpu, pisau, senduk dan lain - lain amat mudah berkarat apabila disimpan . Untuk mengelakkannya mudah sahaja.

1) Cuci perkakasan yang ingin disimpan dengan bersih.
2)Keringkan sehingga betul - betul kering.
3) Sapukan sedikit minyak kelapa atau minyak masak pada perkakasan tersebut.
4)Bungkus atau balut perkakasan dengan rapi.

Tips : Menghiris Roti

Bagaimana mendapatkan hirisan roti yang halus dan rata ? Senang sahaja. Apa yang perlu dilakukan hanyalah :

1) Panaskan sebentar pisau anda sebelum menghiris roti.
2) Bersihkan pisau daripada jelaga.
3) Potong roti seperti yang anda kehendaki.

Wednesday, January 21, 2009

Tips : Menghalau Lipas Dari Rumah

Lipas merupakan serangga yang sukakan tempat - tempat gelap. Serangga ini selalunya berada di dalam laci, di bawah dapur & kabinet dan juga rak. Kehadiran lipas sememangnya amat mengganggu. Berikut adalah antara petua dan kaedah untuk menghalau lipas.

1) Menyembur racun serangga seperti Ridsect, Shieldtox dan lain - lain. Pastikan anda tidak menyembur pada makanan. Selepas menyembur di kawasan lipas, anda akan dapati lipas akan 'pengsan' dan lari dari rumah anda. Tapi sekejap saja. Lepas seminggu kena sembur semula.

2) Meletakkan Ubat Gegat di kawasan lipas. Lipas tidak suka bau ubat gegat dan akan berpindah ke tempat lain pula.

3) Meletakkan daun pandan

4) Metakkan serai yang telah ditumbuk.

5) Sediakan beberapa bekas lama yang tidak digunakan. Isikan minyak masak yang telah digunakan ke dalam bekas - bekas tersebut. Letakkan di penjuru dapur.

Selamat mencuba.

Tuesday, January 20, 2009

Kitchen Tips Info

Do you want to know the best way to roast ? or you wonder what herbs are best for your food ? I just found some useful information that might help you in your kitchen.
Click Here

Friday, January 9, 2009

Tips : Menghalau Tikus Dari Rumah

Adakah anda manghadapi masalah tikus di rumah ? Terdapat banyak cara untuk menghalau tikus antaranya adalah :

1) Perangkap Tikus
2) Meletakkan Daun Durian Belanda di tempat yang selalu ada tikus
3) Meletakkan Ubat Gegat di tempat yang selalu ada tikus.

Cubalah!!!

Keywords